1) Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah
pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.
2) Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan
dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.
3) Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa
dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
4) Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi
(lelaki lain) selain suaminya.
5) Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga
batasan wanita.
6) Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga
tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
7) Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang
cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.
8) Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan
permaisuri agung di Jannah.
9) Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji
dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
10) Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa
sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
11) Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita
Solehah.
Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan
khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
12) Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik
akan membuka hati lelaki.
13) Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang
paling manja selepas kahwin.
14) Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang
soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
15) Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang
munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
16) Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.
Wasallam