Assalamualaikum
Everytime tulis resepi je mesti ada letak aida kat hujung kan. Hahaha.. Tu ada sebab sebenarnya. Ada nama aida sebab hasil yang aida buat mesti tak sama dengan orang lain. Senang kata tak berapa jadi la. Ikut suka hati aida je. :)
So ni resepi yang aida guna.
- 280gm tepung gandum
- 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
- 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
- 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu makan ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- coklat bar (potong dadu)
Cara2nya :
1. Mix telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan mix lagi dgn kelajuan maksimum hingga sebati.
2. Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
3. Selepas itu masukkan esen vanila, tepung + baking powder (yg tlh diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
6. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
7. Letakkan coklat yang sudah dipotong dadu tadi.
8. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
9. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Sepatutnya bukan guna coklat. Guna filling yang ada macam-macam perasa tu. Aida ada coklat je so guna je la coklat. Lebih buat kuih raya dulu. Hehehe..
Piping pulak aida buat sendiri. Guna plastik je.
Ni la hasil Apam Plkadot aida. Yang peliknya dia pecah atas. Hahaha.. Supposed to be tak pecah kan. Tapi takpe la. Ni kan versi aida. ;)
![]() |
Apam Polkadot Versi Aida |
Wassalam