Saturday, 5 December 2015

Futsal ke??

Assalamualaikum

Sekarang ni fakulti aida tengah busy bersukan. Almaklum la tengah dean’s cup. Aida suka bersukan or main2 tapi aida anti sikit kalau masuk pertandingan. Senang kata aida suka main untuk suka2 je. Hahaha.. Tapi sem ni punya dean cup aida masuk futsal wakil civil engineering department.. Untuk siapa yang kenal aida mesti terkejut. But it’s a reality okey.. Aida main futsal. Tolong la percaya and terima kenyataan. :P  and one more thing jangan terkejut sebab ktorang dapat NAIB JOHAN!!! Hehehe.. Even bukan johan tapi Alhamdulillah. Johan mechanical department la.. dari awal dah dapat agak dh. Memang sangat2 power. So naib johan je la mampu.

Tadi macam bangga je kan. Hahaha.. Actually aida takde la beri sumbangan sangat sebab aida tak pandai main. :D Ni la 1st time aida main. Menang jugak sebab ada teammate yang pandai n boleh tahan power jugak taw. Tapi bersyukur la sebab aida tak melingkupkan team aida. and offcoz sangat2 best sebab ramai yang mengajar aida menendang bola. Heeee.. and yang penting ramai classmate aida datang bagi sokongan padahal time game tu ktorang tengah busy dengan project. Dengan due date sume dh dekat tapi masih bersemangat. Hahaha..


Yang paling best mesti la penutup sebab menang kan. Kalau tak menang aida tak pergi kot majlis penutup tu. Hahahaha.. and lebih best lagi sebab Civil department JUARA!!! Hari memang jadi ‘hari bergambar sedunia’ la.. hahaha.. Aida pergi majlis tu pun ujung2 sebenarnya.. memang nak tunggu keputusan akhir jeee.. So takde la frustrated sangat tinggalkankan project yang berlambak.
Okey I need to go.. tata..

Wassalam

Saturday, 21 November 2015

I Find Thank U Love U

Assalamualaikum

Actually I’ve no idea what I want to write here. Tapi tiba2 aida teringat cerita ‘I Find Thank You Love You’. Ni movie Thailand and aida tak minat pun Thai movie. But this is the best Thai movie I ever watch. 

Aida tak tahu pun ni cerita Thai. Aida tertipu dengan tajuk dia and starting movie ni. Starting je heroin dia speaking and muka macam korea2 ckit. Then ada budak2 dalam kelas. So I don’t expect this is Thai movie. Tapi aida teruskan jugak tengok cerita ni. And yang paling sakit hati hero dia very very annoying. Hahaha.. Ni la first impression aida about this movie. 

Tapi bila lama2 best pulak. Hero tu sebenarnya sweet and caring sangat. And yang paling penting dia simple sangat. That’s my taste u know. Heeee.. Aida suka lelaki yang humble and simple. Actually hero ni engineer. Tapi first time aida tengok macam pekerja kilang biasa je. Tak kisah sebenarnya dia kerja apa. Bukan sebab dia engineer aida suka watak dia tapi sebab cara and attitude dia. 
Eh? Lupa nak cerita. Roughly cerita ni pasal hero ni nak blajar bahasa Inggeris dengan heroin ni sebab dia ada interview untuk kerja oversea. Tapi at last tak pergi pun sebab tak nak tinggalkan heroin. Heeee.. Kena tegok cerita ni. Best!!!

Wassalam

Monday, 9 November 2015

Reinforce Concrete Love

Assalamualaikum

Based on topic ni macam pelik je kan. Actually aida nak cerita apa dia reinforce concrete ni. Maybe ada yang tahu tapi ramai yang tak tahu.. hahaha.. Actually civil engineering students and civil engineers dah biasa dengan term ni sebab that’s our term. :) Ceh!! Macam bajet je kan. 

Okey.. Apa itu reinforce concrete ni. Bahasa simple nye besi yang banyak2 dalam concrete. Contohnya dalam lantai, dinding, beam, tiang. Kiranya steel ni la yang buat kn dinding rumah kita ni kuat. Hehehe.. Aida cerita pasal beam k. Dalam bangunan mesti kena ada beam sebab beam la yang support loading. So memang kena kuat la. 

Dalam beam ada concrete and steel. Concrete good in compression, worst in tension and steel good in tension, worst in compression. Tak bole kalau beam ada concrete je takde steel. Memang runtuh la bangunan. Tak bole jadi structural engineer kalau macam tu. Aida nak jadi structural engineer. Heeee.. Eh? Sambung balik… Kiranya di mana ada concrete di situ ada steel untuk beam. 
Aida cerita ni pasal beam je taw. Belum column, slab and everything. Hehe.. Tak perlu kot cerita everything. Panjang sangat. Lagipun nanti uolls pening plak kan. 

Then sebab tu la aida relate kn dengan LOVE. Sweet kan concrete and steel. Saling melengkapi. :) heeee.. 

Sama la dengan manusia. Allah ciptakan kita berpasangan di muka bumi ni. Nobody is perfect u know. So kita saling memerlukan. Lagi-lagi untuk pasangan yang dah berkahwin. Ehem.. Aida belum kahwin lagi. InsyaAllah suatu hari nanti. Doa-doakan la. :)

Hani Sofia (gambar hiasan)

Wassalam

Wednesday, 2 September 2015

Indahnya CiptaanMu

Assalamualaikum

Hari ni aida nak share something tapi aida copy paste daripada facebook. Tersentuh bila baca. Tak sure sama ada terharu atau takjub. 

_____________________________________________
                            
Berdiri bulu roma bila membaca nya..
"Ketika Allah 
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"

Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" 
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". 
Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". 
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" 
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." 
"Untuk apa???", tanya malaikat. 

Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, 
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, 
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, 
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. 
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya. 
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. 

Allah S.W.T berfirman: 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " 
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, 
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." 
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. 
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." 

"CINTANYA TANPA SYARAT".

__________________________________________________



Allah ciptakan wanita dengan penuh raasa cinta. Mudah-mudahan aida and semua wanita di luar sana dapat merasakan cinta itu dan dapat menzahirkannya dengan patuh dengan syariatNYA. InsyaAllah.

Wassalam

Friday, 28 August 2015

Apam Polkadot Versi Aida

Assalamualaikum

Everytime tulis resepi je mesti ada letak aida kat hujung kan. Hahaha.. Tu ada sebab sebenarnya. Ada nama aida sebab hasil yang aida buat mesti tak sama dengan orang lain. Senang kata tak berapa jadi la. Ikut suka hati aida je. :) 

So ni resepi yang aida guna. 

Bahan-bahan:

  • 280gm tepung gandum
  • 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
  • 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
  • 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • coklat bar (potong dadu)


Cara2nya :

1. Mix telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan mix lagi dgn kelajuan maksimum hingga sebati.

2. Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

3. Selepas itu masukkan esen vanila, tepung + baking powder (yg tlh diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

6. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

7. Letakkan coklat yang sudah dipotong dadu tadi.

8. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

9. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


Sepatutnya bukan guna coklat. Guna filling yang ada macam-macam perasa tu. Aida ada coklat je so guna je la coklat. Lebih buat kuih raya dulu. Hehehe..

Piping pulak aida buat sendiri. Guna plastik je. 

Ni la hasil Apam Plkadot aida. Yang peliknya dia pecah atas. Hahaha.. Supposed to be tak pecah kan. Tapi takpe la. Ni kan versi aida. ;) 

Apam Polkadot Versi Aida
Wassalam


Tuesday, 11 August 2015

A'Famosa Water World Melacca


Assalamualaikum

Last week aida, sharir and da geng pergi A'Famosa Water World. 

Ticket: RM45 each person including lunch  
Time: 9.00 am - 7.00 pm (weekend)

Ni weekend taw bukan weekdays. Weekdays harga dia berbeza. Apa yang aida nak cakap pasal theme park ni memang best. Tempatnya besar and still in construction. Banyak lagi permainan yang nak ditambah kot. 

Aida just pergi water world je. Ada benda lain lagi macam Safari Wonderland and Old West. Aida pergi A'Famosa theme park ni siap lunch taw. Masuk dalam tu tak boleh bawa makanan. Makanan yang ada dalam tu tak tau la berapa harga dia. Sebab aida sebuk main. Cuma tunggu lunch je la. 

Selebihnya kalau nak tahu apa ada lagi dalam A'Famosa ni, kena la pergi. Tak larat aida nak cerita. Dalam video bawah ni ada la sikit gambar aida amik. Tapi tak tahu la clear ke tak video ni. hehe.. Tak pe la at least ni la sweet moment aida kat sana. 



This video special dedicate to Muhamad Hadri Sharir bin Ahmad Safian

Wassalam



Monday, 27 July 2015

Intan Payung

Assalamualaikum

Sabtu, 25 July 2015, aida dapat sorang lagi anak buah. Baby girl again. Anak angah. Before this anak along. Amani Saffiya. Dekat-dekat je nama. Hahaha.. Amani dah 6 bulan. Kiranya dalam 1 tahun aida dapat 2 orang anak buah. Dua-dua perempuan pulak tu. Senang bila aida nak kahwin nanti dah ada flower girls. Hahaha.. (Aameen) :P 

Hani lahir 2.6kg je berat dia. Aida pegang ringan je. Hehehe.. cute.. I like her pink lips. Hahahaha.. Baru-baru keluar je dah pandai hisap jari. Tak tau la bila lagi aida dapat jumpa Hani. Nanti aida balik-balik je dari Sarawak dah besar dah. Macam amani dulu. Amani lahir time aida dalam flight nak balik Malaysia cuti sem lepas :P Amani lahir 3kg. Aida ada jaga dia seminggu. 4 sure la kecik kan. Bila this sem aida balik dah besar dah. Chubby. Hahaha.. 

Amani Saffiya

Hani Sofia

Wassalam..

Wednesday, 22 July 2015

Ayam Percik Versi Aida

Assaalamualaikum

Hari ni hari first aida puasa 6. Hari ni aida yang masak sebab aida teringin nak makan ayam percik. So dalam pukul3 aida dah start nak perap ayam. Aida tak pernah try buat ayam percik sebenarnya. Time kat unimas lagi aida dah salin resepi ayam percik tapi ye la kan, kat mana pulak nak buat. Kolej bukan boleh masak pun. Hahaha.. Ayam percik ni gabungan resepi ibu and resepi yang aida salin. So bila gabung jadi resepi aida la kan.. Hahaha.. 

Bahan-bahan Ayam Percik Versi Aida

Ayam

Bahan Perap 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Jintan manis
Lada 
Gula

Bahan Kuah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lada (cili kering)
Garam
Gula
Asam keping
Santan

Cara-Cara
1. Kisar bahan-bahan perap dan perap ayam 
2. Kisar bahan kuah dan masak
3. Panggang ayam separuh masak dan masukkan ke dalam kuah
4. Panggang ayam semula
5. Hidang

*Quantity bahan sume aida agak-agak je.. haha

Ayam yang sudah diperap

Panggang ayam
Aida guna periuk ajaib sebab nak senang. hehe


Kuah

Ayam + kuah
 Aida tak masukkan dalam kuah. Aida terus curah kuah dekat ayam. Sepatutnya kena masukkan ayam dalam kuah then panggang balik. Aida malas nak keluarkan ayam tu. 


Siap dihidang
Wassalam

Tuesday, 14 July 2015

Bachelor of Civil Engineering

Assalamualaikum 

Result aida dah keluar. Walaupun tak dapat dekan tapi Alhamdulillah okey result nya. Tak sia-sia usaha aida selama ni. Aida amik course civil engineering. Dah kata pun engineering so memang la susah kan. Belajar je la selagi mampu. Tak kisah course apa pun kita amik yang penting niat kerana Allah. Bukan perlu belajar untuk nak jadi ustaz and ustazah je. Yang penting halal and kita dapat berbakti pada orang. Niat tu paling penting. Dengan niat boleh jadi kan apa yang kita buat tu sia-sia atau berguna. Contoh bila aida dah jadi engineer InsyaAllah, structural engineer la katakan (Aameen).. Aida dapat satu projek and aida buat dengan jujur and niat kan kerana Allah. So apa yang kita buat tu InsyaAllah jadi ibadah. Cuba bayangkan berapa ramai orang yang akan duduk dekat bangunan tu? Berapa orang yang gunakan kemudahan bangunan tu? Means kita dapat berikan sesuatu pada orang. Pekerjaan lain, lain la contohnya. 

Semester depan aida dah nak masuk tahun 3 dah. Kejap je rasanya. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun aida kat Sarawak since foundation. Untuk sapa-sapa yang baru nak amik course engineering ni get ready la sebab engineering course ni memang tough sikit. Orang selalu cakap medic susah sebab deal dengan nyawa manusia. Benda yang deal dengan nyawa ni memang susah sikit so memang kena belajar betul-betul. Tapi jangan ingat kita yang InsyaAllah bakal engineer ni tak deal dengan nyawa manusia. Ingat hospital tu bina diri sendiri ke? Hahaha.. Engineer yang buat, yang kira. Nyawa doctor pun ada dalam tu. Tu la susah jugak engineering ni. Course yang penting. Aida memang banyak cakap pasal construction. Yela aida kan civil so ni bidang aida. Engneering lain tu aida tak tau sangat tapi yang aida tau engineer ni saling memerlukan. Civil buat bangunan, nak kena ada electric kan so electrical punya kerja, simen tu chemical yang buat. Tu antara yang aida tau la. 

Dulu dari kecik aida nak jadi doctor sebenarnya. Hahaha.. Tak terfikir pun nak jadi engineer. Tapi bila dah form4 aida dah neutral. Belajar je tapi tak tau dah nak jadi apa. Hahaha. Sebab nak jadi doctor kena kuat biology, chemistry kan.. aida tak minat chemistry. Aida minat physics, addmath, math.. senang kata yang berkaitan dengan nombor la. Kira-kira and benda yang perlukan imagination. Aida suka benda yang perlu berfikir dengan creative and critical thinking. Tu sebab dekat university aida suka kalau ada project yang perlukan critical thinking. Even susah tapi aida suka. 

I love what I have now.. Alhamdulillah

Wassalam 

Thursday, 9 July 2015

Rezeki

Assalamualaikum 

Tadi aida ada tengok rancangan apa ntah. Ada pasal doa2 la.. Hahaha.. Lupa pulak nak tengok apa nama rancangan tu. So aida nak share la sikit. Ustaz tu cakap rezeki terbahagi kepada 2. Rezeki umum dengan rezeki khusus. 

Rezeki Umum
Rezeki umum ni, siapa usaha dia yang dapat. Tak kisah la sapa-sapa. Muslim ke.. Non-muslim ke.. Haiwan ke.. Semua bole dapat kalau usaha. Contoh, kalau kita kerja then dapat gaji. Gaji tu rezeki umum la. Lagi, klu ayam patuk2 tanah. Cari cacing. Ayam tu usaha untuk dapatkan cacing then dapat la cacing. Cacing tu rezeki umum jugak la. 

Rezeki Khusus
Contoh rezeki khusus pulak macam perasaan la.. ketenangan, kecintaan, kecukupan, kebahagiaan. Contoh kan, ada orang kaya ni banyak duit tapi hidup dia tak tenang. Rasa macam ada je tak kena dalam hidup dia. Means dia tak dapat rezeki ketengan la. Contoh la, someone ni gaji besar. Ada rumah. Kereta mewah. Dah kahwin. Ada suami dan anak. Rasa macam dah complete je kehidupan dia. Tapi dia rasa itu tak cukup ini tak cukup. Padahal banyak rezeki yang Allah dah bagi tapi tetap rasa tak cukup. Means dia tak dapat rezeki kecukupan. Allah bagi dia rasa tak cukup apa yang dia peroleh. 

*Pesanan dan nasihat
Aida nak bagi nasihat untuk sapa-sapa yang baca dan diri aida sendiri. Aida belum kerja lagi. Still belajar. Bila kita dah kerja, ada gaji. Jangan lupa bagi parents sikit. Tak kisah la banyak ke sikit. Bukan duit tu yang bernilai tapi pemberian tu yang bernilai. Hopefully aida tak akan lupa nak bagi parents aida sebahagian rezeki aida. 

Aida pernah terbaca satu artikel ni kan.. Someone ni baru kerja and gaji pun sikit je. Yela kan kerja biasa-biasa je. Bukan banyak sangat pon duitnya. Boleh dikatakan tak cukup la untuk tampung kehidupan dalam masa sebulan dengan gaji yang ada. And nak bagi parents pun rasa tak cukup. Tapi dia bagi jugak. Mula-mula dia malu nak bagi sebab 5ringgit je dia mampu bagi. Tapi dia bagi jugak. Parents dia terima je. Tak merungut pun. And lama-lama makin banyak dia bole bagi. 
Kat sini yang aida nak tunjuk kita bukan perlu bagi parents kita skali banyak. Ikut la kemampuan kita tapi always bagi kalau boleh. Parents kita ni bukan harap sangat pun duit kita. Dia Cuma nak tengok kita Berjaya je. Tapi tak kan la sikit pun kita tak nak bagi kan. Tak luak pun harta yang kita ada berbanding ibu ayah kita.

Wassalam

Saturday, 27 June 2015

Final exam sem 2 tahun 2014/2015

Assalamualaikum

Hari ni Aida last paper. Numerical method and statistic. Alhamdulillah semua soalannya boleh dijawab. Masa awal- awal sem kan, orang ramai yang cakap subjek ni susah. Part statistic tu senang tapi part numerical tu susah sangat. Tapi bagi Aida kan sebenarnya senang je. Hahaha.. bukan nak kata Aida ni pandai.. tapi memang dalam kelas susah nak catch up apa prof ni ajar.. Prof Puthuhena nama dia. Nota yang dia bagi pun complicated and susah nak faham. Maybe Aida je kot yang rasa susah faham. Orang lain tak. HeHehe... Sejujur nya memang Aida tak study guna lecture note pun. 

Aida guna ebook. Download kat Internet. Buku Numerical Method by R.K. Jain.  bagus buku ni. Siapa yang amik subject ni bole la cari buku ni. Senang nak faham. So bila Aida guna buku ni baru Aida sedar numerical method ni senang je. Cuma sebelum ni tak faham apa lecturer tu mengajar. 

Tadi kan ada 4 soalan je. 2 soalan numerical method, 2 lagi statistic. Numerical keluar trapezoidal method, Simpson 1/3, Simpson 3/8 method and euler method. Aida jangka modified euler yang keluar tapi euler je. Alhamdulillah dapat juga jawab. Statistic pula keluar tajuk anova and regression. Alhamdulillah dapat juga jawab. Subject antara subject yang Aida target A sebenarnya... Hopefully dapat la A. Doa-doa kan la. 

Malam ni flight Aida balik semenanjung. Tapi Aida tak turun KL sem ni. Aida turun Johor sebab ibu ayah ada kat sana. Lagipun ada anak buah Aida kat sana, Amani Safiyya. Dah pandai meniarap dah dia. Dulu dia lahir time Aida nak balik cuti Sem lepas. Tapi dia lahir time Aida dalam flight. Haha.. Cuti kali ni pula InsyaAllah Aida dapat sorang lagi anak buah. InsyaAllah perempuan. Anak angah. Rasanya puasa ni due date. Aida pun tak ingat. Flight Aida malam ni pukul 9.50. Sampai Johor InsyaAllah pukul 11.15. Sem ni Aida tak sempat nak beli kek lapis. Sebab lepas exam je terus nak balik. Haha.. tak sabar nak balik sebenarnya. 

Wassalam

Tuesday, 23 June 2015

Pilot Cafe

Assalamualaikum

Tadi aida baru tengok cerita Pilot Café. Sedih.. Nangis2 aida.. Hahaha.. Tapi aida tak suka ending dia. Sebab aida tak suka ending sedih. Fahrin yang belakon. Watak dia Ameer. Best! Cerita tu kisah seorang pilot yang yang terlampau social. Sampai banyal perempuan dah dia tido and hamilkan. Part ni part yang paling aida tak suka la. Dia menunjukkan seorang lelaki yang tak menghargai perempuan. Tak nak bertanggungjawab atas apa dia buat. Senang kata tak fikir akhirat. Part tu juga ceritaka pasal CINTA tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ni aida suka. Ye la dia kan piot banyak duit. Bila dah hamilkan perempuan je bagi duit banyak2 suruh buat abortion and teruskan hidup tanpa dia. Aida tak dapat bayangkan macam mana kuatnya perempuan2 tu nak hidup sendiri jaga kandungan tanpa suami. Salah seorang perempuan yang dia hamilkan tu cakap ‘dia akan dibalas satu hari nanti’. Betul la kan. What you give you get back. Allah tu Maha mengetahui. 


Lama2 Ameer ni sedar silap and dosa yang pernah dia buat. Ni part yang best. Ye la kan.. Mulia sangat seseorang tu bila dia bertaubat. Ameer ni jadi baik. Tapi balasan Allah tu pasti. Dia tolong perempuan susah. Dan bila hati dah cinta, cinta tak berbalas. Sampai abis cerita tu dia sorang2. 

Dulu dia pernah permainkan hati dan perasaan orang. Then orang yang dia cinta tak terima dia. Baru dia rasa macam mana rasanya orang yang kita cinta tidak mencintai kita. Tapi aida rasa ok lagi balasan dia. Dia cuma rasa macam mana cinta tak berbalas. Dia tak rasa cinta dikhianati kan.. 
What You Give You Get Back


Bila sebut pasal pilot, aida selalu teringat seseorang. Tak perlu la mention sape kan. Hahaha.. Dia 1st love aida la. Tapi dia tinggalkan aida. Tapi lepas setahun dia nak aida balik. Hahaha.. Lawak kan? Nampak sangat tak matang. Time tu form5, memang la tak matang tapi aida dah matang ok time tu. :P Hahaha. Honestly time dia nak aida balik tu, aida hampir setuju. Time tu nak SPM dh. Lagi berapa hari je nak exam. Aida suka dia lagi time tu sebenarnya. Nope.. Actually sayang. Tapi lama aida diamkan diri. Tak sanggup nk cakap aida tak terima sebab aida suka. Bole katakana hati nak tapi otak aida cakap jangan. Selama 3tahun aida tak boleh lupakan dia. Tapi dalam masa yang sama aida dengan orang lain. And aida rasa ni adalah silap paling besar yang aida pernah buat. Aida terima orang lain sedangkan aida takde hati dengan dia. Entah la ea.. aida rasa maybe aida nak pretend yang aida ok tanpa dia. Aida dapat tahan setahun je then aida terus terang dengan laki tu yang aida tak bole dengan dia. Aida minta maaf and teruskan hidup macam biasa. Dalam masa 3tahun tu jugak ada beberapa lelaki yang nak aida. Ada 2 lelaki yang bole tahan baik and alim. Aida rasa kalau time tu aida dah abis belajar, aida terima kot kalau doing pinang aida. Terus kahwin. Hahaha. Aida tolak sebab tak baik la kan kita terima tapi hati kita kat orang lain. 



Aida sebenarnya ada rapat dengan sorang laki ni jugak. Aida rapat dengan dia dari form4. Nama dia Hadri Sharir. Kitorang bukan satu sekolah pun tapi rapat sebab kitorang pernah tusyen sama. Dia caring sangat2. Aida selalu cerita apa2 dengan dia. Dia lelaki yang paling faham aida. Bila aida lepas asasi dia terus terang yang dia suka aida. Dah lama dah tapi di tak bagitahu sebab taknak aida jauh kan diri daripada dia macam apa yang aida buat pada laki2 yang ada perasaan kat aida. Tapi mana mungkin aida bole jauhkan diri daripada dia. Aida always perlukan dia. Haha.. Aida gelak je sebab sebelum tu ibu aida ada bagitahu, ibu rasa sharir suka kat aida. Aida senyum je. Memang aida suka dia jugak  pun. Tapi maybe Disebabkan 1st love aida, jadi kan aida takut ak terima sapa2. Kadang-kadang manusia ni tak perasan apa yang kita ada. Kita cuma ingat apa yang kita takda je. 

And sekarang kitorang dah lebih kurang 2tahun dah. InsyaAllah ada jodoh, dia lah last and true love aida. Coz he is almost everything for me. Aida taknak cerita banyak pon pasal sharir ni. Sebab kalau nak cerita bole buat novel. Cukup la kebahagian aida ni, aida je yang rasa  Hahaha.. macam2 kenangan dengan dia. I love him very much. 

Wassalam

Wednesday, 15 April 2015

Hawa Penggoncang Dunia

Panduan dan nasihat untuk aida dan kaum hawa. Aida terbaca benda ni so aida share la kat sini. Semoga kita sama-sama daat pengajarannya. InsyaAllah.. 

1) Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.

2) Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

3) Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

4) Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

5) Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

6) Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

7) Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.

8) Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya.  Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

9) Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

10) Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

11) Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah.
Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

12) Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

13) Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

14) Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

15) Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

16) Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.


Wasallam

Friday, 20 February 2015

Anugerah Pencipta

Assalamualaikum

Manusia terbahagi kepada 3 golongan sebagaimana yang Allah sebutkan di dalam kitab-Nya yang mulia di dalam surah al-Fathir ayat 32
di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunian yang amat besar.(QS. al-fathir 35:32)


Ketika melewati ayat ini mesti ada terdetik di lubuk hati, di kelompok manakah kita.. Bila baca sekali rasa biasa.



Sebenarnya nak cerita sedikit bagaimana datangnya nama Aida Fathirah. Actually ibu yang suka sangat nama Fathir. So bila lahirnya seorang bayi perempuan ke bumi, Fathirah nama diberi. Tapi berbeza dengan adik beradik lain yang mempunyai 2 patah perkataan namanya.. 1st- Aisyah Sakinah. 2nd- Muhammad Afifi. So yang ketiga pon nk letak 2 patah pkataan jugak tapi tak tau nk letak ape. Di situ la bermula nya pencarian nama. Pada asal nya nama diberi Saiyidah Fathirah. Tapi tak jadi. Tak tau la sbb apa. Tukar kepada Aida Fathirah. Ibu ambil nama Aida sbb time ibu sekolah dulu, ada sorang akak ni nama dia Aida. Ibu suka akak 2. Baik, cantik, lemah lembut, suka sgt senyum, manis orangnya and mcm2 lagi la. So baby 2 pon diberi nama ‘Aida Fathirah’.

Zaman keci2 dulu aida selalu jelous dengan adik beradik lain sbb nye along, angah and adik  punya nama semua ada dalam buku nama yg ada kt rmh tu. Cuma nama aida je takde. And suatu hari aida tanya ibu kenapa letak nama aida yang takde maksud. Tapi ibu senyum je.(nk melayan ank kecik). Tiba2 ibu suruh amik tafsir al-quran. Ibu bkak surah Al-Fathir. Ibu suruh baca apa maksud Fathir dlm 2. Bila tgok je mksudnya ‘pencipta’. And ibu ckp lagi. Aida maksudnya ‘anugerah/hadiah’. Ibu pon ckp dekat aida. So maksud nama aida ‘anugerah pencipta’ la. Hehehe.. Aida terus senyum. ‘cantik kn nama kaklang?’ ibu cakap. Sejak daripada 2 suka sgt baca maksud surah al-fathir. Haha.. (bdk2 nmenye.. msti nk kn jwpn drpd persoalan)




‘Ya Allah, jadikan lah aku sebenar-benar anugerah kepada kedua orang tuaku.

Cita-citaku ingin menjadi seorang yang solehah. Supaya doaku sampai kepada mereka dan
 dapat menjadi penyelamat mereka kelak. Sesungguh nya hanya mereka penguat diriku
 melainkan Engkau.

Wassalam