Assalamualaikum
Result aida dah keluar. Walaupun tak dapat dekan tapi Alhamdulillah okey result nya. Tak sia-sia usaha aida selama ni. Aida amik course civil engineering. Dah kata pun engineering so memang la susah kan. Belajar je la selagi mampu. Tak kisah course apa pun kita amik yang penting niat kerana Allah. Bukan perlu belajar untuk nak jadi ustaz and ustazah je. Yang penting halal and kita dapat berbakti pada orang. Niat tu paling penting. Dengan niat boleh jadi kan apa yang kita buat tu sia-sia atau berguna. Contoh bila aida dah jadi engineer InsyaAllah, structural engineer la katakan (Aameen).. Aida dapat satu projek and aida buat dengan jujur and niat kan kerana Allah. So apa yang kita buat tu InsyaAllah jadi ibadah. Cuba bayangkan berapa ramai orang yang akan duduk dekat bangunan tu? Berapa orang yang gunakan kemudahan bangunan tu? Means kita dapat berikan sesuatu pada orang. Pekerjaan lain, lain la contohnya.
Semester depan aida dah nak masuk tahun 3 dah. Kejap je rasanya. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun aida kat Sarawak since foundation. Untuk sapa-sapa yang baru nak amik course engineering ni get ready la sebab engineering course ni memang tough sikit. Orang selalu cakap medic susah sebab deal dengan nyawa manusia. Benda yang deal dengan nyawa ni memang susah sikit so memang kena belajar betul-betul. Tapi jangan ingat kita yang InsyaAllah bakal engineer ni tak deal dengan nyawa manusia. Ingat hospital tu bina diri sendiri ke? Hahaha.. Engineer yang buat, yang kira. Nyawa doctor pun ada dalam tu. Tu la susah jugak engineering ni. Course yang penting. Aida memang banyak cakap pasal construction. Yela aida kan civil so ni bidang aida. Engneering lain tu aida tak tau sangat tapi yang aida tau engineer ni saling memerlukan. Civil buat bangunan, nak kena ada electric kan so electrical punya kerja, simen tu chemical yang buat. Tu antara yang aida tau la.
Dulu dari kecik aida nak jadi doctor sebenarnya. Hahaha.. Tak terfikir pun nak jadi engineer. Tapi bila dah form4 aida dah neutral. Belajar je tapi tak tau dah nak jadi apa. Hahaha. Sebab nak jadi doctor kena kuat biology, chemistry kan.. aida tak minat chemistry. Aida minat physics, addmath, math.. senang kata yang berkaitan dengan nombor la. Kira-kira and benda yang perlukan imagination. Aida suka benda yang perlu berfikir dengan creative and critical thinking. Tu sebab dekat university aida suka kalau ada project yang perlukan critical thinking. Even susah tapi aida suka.
I love what I have now.. Alhamdulillah
Wassalam
No comments:
Post a Comment