Monday, 27 July 2015

Intan Payung

Assalamualaikum

Sabtu, 25 July 2015, aida dapat sorang lagi anak buah. Baby girl again. Anak angah. Before this anak along. Amani Saffiya. Dekat-dekat je nama. Hahaha.. Amani dah 6 bulan. Kiranya dalam 1 tahun aida dapat 2 orang anak buah. Dua-dua perempuan pulak tu. Senang bila aida nak kahwin nanti dah ada flower girls. Hahaha.. (Aameen) :P 

Hani lahir 2.6kg je berat dia. Aida pegang ringan je. Hehehe.. cute.. I like her pink lips. Hahahaha.. Baru-baru keluar je dah pandai hisap jari. Tak tau la bila lagi aida dapat jumpa Hani. Nanti aida balik-balik je dari Sarawak dah besar dah. Macam amani dulu. Amani lahir time aida dalam flight nak balik Malaysia cuti sem lepas :P Amani lahir 3kg. Aida ada jaga dia seminggu. 4 sure la kecik kan. Bila this sem aida balik dah besar dah. Chubby. Hahaha.. 

Amani Saffiya

Hani Sofia

Wassalam..

Wednesday, 22 July 2015

Ayam Percik Versi Aida

Assaalamualaikum

Hari ni hari first aida puasa 6. Hari ni aida yang masak sebab aida teringin nak makan ayam percik. So dalam pukul3 aida dah start nak perap ayam. Aida tak pernah try buat ayam percik sebenarnya. Time kat unimas lagi aida dah salin resepi ayam percik tapi ye la kan, kat mana pulak nak buat. Kolej bukan boleh masak pun. Hahaha.. Ayam percik ni gabungan resepi ibu and resepi yang aida salin. So bila gabung jadi resepi aida la kan.. Hahaha.. 

Bahan-bahan Ayam Percik Versi Aida

Ayam

Bahan Perap 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Jintan manis
Lada 
Gula

Bahan Kuah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lada (cili kering)
Garam
Gula
Asam keping
Santan

Cara-Cara
1. Kisar bahan-bahan perap dan perap ayam 
2. Kisar bahan kuah dan masak
3. Panggang ayam separuh masak dan masukkan ke dalam kuah
4. Panggang ayam semula
5. Hidang

*Quantity bahan sume aida agak-agak je.. haha

Ayam yang sudah diperap

Panggang ayam
Aida guna periuk ajaib sebab nak senang. hehe


Kuah

Ayam + kuah
 Aida tak masukkan dalam kuah. Aida terus curah kuah dekat ayam. Sepatutnya kena masukkan ayam dalam kuah then panggang balik. Aida malas nak keluarkan ayam tu. 


Siap dihidang
Wassalam

Tuesday, 14 July 2015

Bachelor of Civil Engineering

Assalamualaikum 

Result aida dah keluar. Walaupun tak dapat dekan tapi Alhamdulillah okey result nya. Tak sia-sia usaha aida selama ni. Aida amik course civil engineering. Dah kata pun engineering so memang la susah kan. Belajar je la selagi mampu. Tak kisah course apa pun kita amik yang penting niat kerana Allah. Bukan perlu belajar untuk nak jadi ustaz and ustazah je. Yang penting halal and kita dapat berbakti pada orang. Niat tu paling penting. Dengan niat boleh jadi kan apa yang kita buat tu sia-sia atau berguna. Contoh bila aida dah jadi engineer InsyaAllah, structural engineer la katakan (Aameen).. Aida dapat satu projek and aida buat dengan jujur and niat kan kerana Allah. So apa yang kita buat tu InsyaAllah jadi ibadah. Cuba bayangkan berapa ramai orang yang akan duduk dekat bangunan tu? Berapa orang yang gunakan kemudahan bangunan tu? Means kita dapat berikan sesuatu pada orang. Pekerjaan lain, lain la contohnya. 

Semester depan aida dah nak masuk tahun 3 dah. Kejap je rasanya. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun aida kat Sarawak since foundation. Untuk sapa-sapa yang baru nak amik course engineering ni get ready la sebab engineering course ni memang tough sikit. Orang selalu cakap medic susah sebab deal dengan nyawa manusia. Benda yang deal dengan nyawa ni memang susah sikit so memang kena belajar betul-betul. Tapi jangan ingat kita yang InsyaAllah bakal engineer ni tak deal dengan nyawa manusia. Ingat hospital tu bina diri sendiri ke? Hahaha.. Engineer yang buat, yang kira. Nyawa doctor pun ada dalam tu. Tu la susah jugak engineering ni. Course yang penting. Aida memang banyak cakap pasal construction. Yela aida kan civil so ni bidang aida. Engneering lain tu aida tak tau sangat tapi yang aida tau engineer ni saling memerlukan. Civil buat bangunan, nak kena ada electric kan so electrical punya kerja, simen tu chemical yang buat. Tu antara yang aida tau la. 

Dulu dari kecik aida nak jadi doctor sebenarnya. Hahaha.. Tak terfikir pun nak jadi engineer. Tapi bila dah form4 aida dah neutral. Belajar je tapi tak tau dah nak jadi apa. Hahaha. Sebab nak jadi doctor kena kuat biology, chemistry kan.. aida tak minat chemistry. Aida minat physics, addmath, math.. senang kata yang berkaitan dengan nombor la. Kira-kira and benda yang perlukan imagination. Aida suka benda yang perlu berfikir dengan creative and critical thinking. Tu sebab dekat university aida suka kalau ada project yang perlukan critical thinking. Even susah tapi aida suka. 

I love what I have now.. Alhamdulillah

Wassalam 

Thursday, 9 July 2015

Rezeki

Assalamualaikum 

Tadi aida ada tengok rancangan apa ntah. Ada pasal doa2 la.. Hahaha.. Lupa pulak nak tengok apa nama rancangan tu. So aida nak share la sikit. Ustaz tu cakap rezeki terbahagi kepada 2. Rezeki umum dengan rezeki khusus. 

Rezeki Umum
Rezeki umum ni, siapa usaha dia yang dapat. Tak kisah la sapa-sapa. Muslim ke.. Non-muslim ke.. Haiwan ke.. Semua bole dapat kalau usaha. Contoh, kalau kita kerja then dapat gaji. Gaji tu rezeki umum la. Lagi, klu ayam patuk2 tanah. Cari cacing. Ayam tu usaha untuk dapatkan cacing then dapat la cacing. Cacing tu rezeki umum jugak la. 

Rezeki Khusus
Contoh rezeki khusus pulak macam perasaan la.. ketenangan, kecintaan, kecukupan, kebahagiaan. Contoh kan, ada orang kaya ni banyak duit tapi hidup dia tak tenang. Rasa macam ada je tak kena dalam hidup dia. Means dia tak dapat rezeki ketengan la. Contoh la, someone ni gaji besar. Ada rumah. Kereta mewah. Dah kahwin. Ada suami dan anak. Rasa macam dah complete je kehidupan dia. Tapi dia rasa itu tak cukup ini tak cukup. Padahal banyak rezeki yang Allah dah bagi tapi tetap rasa tak cukup. Means dia tak dapat rezeki kecukupan. Allah bagi dia rasa tak cukup apa yang dia peroleh. 

*Pesanan dan nasihat
Aida nak bagi nasihat untuk sapa-sapa yang baca dan diri aida sendiri. Aida belum kerja lagi. Still belajar. Bila kita dah kerja, ada gaji. Jangan lupa bagi parents sikit. Tak kisah la banyak ke sikit. Bukan duit tu yang bernilai tapi pemberian tu yang bernilai. Hopefully aida tak akan lupa nak bagi parents aida sebahagian rezeki aida. 

Aida pernah terbaca satu artikel ni kan.. Someone ni baru kerja and gaji pun sikit je. Yela kan kerja biasa-biasa je. Bukan banyak sangat pon duitnya. Boleh dikatakan tak cukup la untuk tampung kehidupan dalam masa sebulan dengan gaji yang ada. And nak bagi parents pun rasa tak cukup. Tapi dia bagi jugak. Mula-mula dia malu nak bagi sebab 5ringgit je dia mampu bagi. Tapi dia bagi jugak. Parents dia terima je. Tak merungut pun. And lama-lama makin banyak dia bole bagi. 
Kat sini yang aida nak tunjuk kita bukan perlu bagi parents kita skali banyak. Ikut la kemampuan kita tapi always bagi kalau boleh. Parents kita ni bukan harap sangat pun duit kita. Dia Cuma nak tengok kita Berjaya je. Tapi tak kan la sikit pun kita tak nak bagi kan. Tak luak pun harta yang kita ada berbanding ibu ayah kita.

Wassalam